Jan 11, 2012

ini cerita tentang KEADILAN

Arini terdetik nak cerita pasal diri aku..eh perkahwinan..eh entah layan jela. Hahhaha. Ermm pejam celik, gaduh baik dan setahun pun aku kahwin. Dan setahun hasilnya adalah anak lelaki yang demuk. Harini jugak since pagi asyik terdetik dalam hati bahawa aku TIDAK matang dan selalu berfikiran tidak terbuka. Hahahha asyik nak menegakkan KEADILAN  kononnya. Macam peristiwa malam tadi. Balik kerja yang penat selepas seharian bergumpal kat opis..cis macam wrestling plak.

buat muka garang ewwww
Jalan laju-laju menuju rumah pengasuh Ikhwan then jalan lagi naik tingkat lima, fuh dengan mendukung Ikhwan bukan tugas mudah. Hahahha semput mak. Stamina tak da. Sampai rumah terus capai penyapu, sapu ala kadar tak nak habuk takut effect Ikhwan ni. Tarik cadar ganti baru sebab subuh semalam Ikhwan MUNTAH SUSU. Tak sempat pagi tadi nak kemas. Cepat-cepat buat sebelum Ikhwan nangis.

wajah ketika tidur yg mencairkan hati yooo
Ok macam dah ready nak bagi Ikhwan susu, tapi tak. Baru teringat susu dalam beg kena letak dalam peti ais. Lari laju-laju sambil tengok Ikhwan tengah syok tatap syiling hihiihiih. Then on the way sempat tekan switch kipas then capai kain lampin dan dengan jayanya susukan Ikhwan. Sambil susukan USAP kepala dia, GOSOK-GOSOK telinga dia, then pesan suh dengar cakap dan tanya apa dia buat kat rumah pengasuh. Cit macam Ikhwan paham..tapi tak pe itulah cara Ikhwan belajar. Atleast dia RESPON jugak. Jawab aaa. Tak sampai sepuluh minit dia lelap.

keranamu baby demuk mama sanggup
Ok cantik siap-siap nak solat maghrib, then kena MEMASAK dalam masa yang sama TANGAN LAJU capai apa yang patut nak basuh kain. Gila ah terer. Kengkonon la padahal biasa je. Lepas masak kena hiding kat suami, buat VICO panas and goreng keropok & cempedak. Pastu rasa PENAT SESANGAT. Emosi mula menguasai diri. Nak-nak bila tengok suami balik kerja dia tukar baju dan berehat sambil tengok-tengok Ikhwan jer. Eh..syaitan cucuk-cucuk hati ni, makin pedih. Siot je. Tapi aku diam. Kang aku bunyi boleh gaduh. Hahhaha. Mula la fikir kalau tak kahwin tak perlu buat semua ni. KAN SENANG.eh jahat ok.

Sambil menahan amarah sambil tu buat kerja sampai siap. Pas beberapa minit duduk di dalam bilik akibat menahan geram di hati, keluar bilik nampak suami tengah lipat kain. Owh TERUS CAIR hati ini. Sebab suami dah tolong yeay. Bukan suami malas tapi suami aku jenis lambat buat kerja. Aku lak pas setel buat kerja baru rehat, suami sebaliknya.

Ni lah peristiwa malam tadi and KEADILAN  yang aku konon-konon nak TUNTUT tu. Aku rasa di BULI bila aku penat wat kerja sorang-sorang. Tapi sebenarnya AKU YANG TAK MATANG. Adatlah itulah TANGGUNGJAWAB seorang ISTERI, dan juga IBU. Yer kalau ikutkan hasutan syaitan aku selalu tewas gak. Tapi aku percaya GANJARAN  ALLAH nak bagi untuk semua PENGORBANAN aku buat. Peace yo. 

2 comments:

Aishah Jahirah said...

pompuan berkerjaya yang ada family mmg superwomn la...penat camne pun mesti nak uruskan juga urusan rumah tangga.ko dah semakin matang...hehee

Dieya said...

yeah fewwittt matang2...eh matang la sgt hahhaha